Data NFP Melonjak Lebih Dari Jangkaan Pada Bulan Julai, Adakah Ini Tanda The Fed Akan Kekal Dengan Pelan Mereka?

739

Pengambilan pekerja pada Julai dilihat jauh lebih baik daripada jangkaan, menghapuskan sangkaan bahawa pemulihan ekonomi semakin lemah.

Jumlah gaji NFP meningkat 528,000 untuk bulan itu dan kadar pengangguran ialah 3.5%, dengan mudah mengatasi anggaran Dow Jones masing-masing sebanyak 258,000 dan 3.6%. Data ini dikeluarkan oleh Jabatan Statistik pada hari Jumaat.

Pertumbuhan upah juga melonjak lebih tinggi, kerana purata pendapatan setiap jam melonjak 0.5% untuk bulan itu dan 5.2% dari masa yang sama tahun lalu. Angka-angka tersebut menambah lagi tekanan kepada lonjakan harga dimana bacaan inflasi telah meningkat pada kadar terpantas sejak awal 1980-an.

Pasaran pada mulanya bertindak balas negatif terhadap laporan itu, dengan niaga hadapan Dow Jones turun hampir 200 mata.

Sektor peranginan dan hospitaliti mendahului dalam perolehan pekerjaan dengan pertambahan pekerjaan sebanyak 96,000, diikuti oleh perkhidmatan profesional dan perniagaan dengan pertambahan sebanyak 89,000. Penjagaan kesihat pula menambah 70,000 dan sektor kerajaan menambah 57,000 pekerjaan.Industri pengeluaran barangan juga mencatatkan keuntungan kukuh, dengan pekerjaan dalam sektor pembinaan meningkat sebanyak 32,000 dan sektor pembuatan pula menambah 30,000.

Walaupun jangkaan terkurang jangkaan, kenaikan Julai adalah yang terbaik sejak Februari dan jauh mendahului 388,000 purata perolehan pekerjaan sepanjang empat bulan lalu. Laporan dikeluarkan BLS menyatakan bahawa jumlah penggajian bukan ladang telah meningkat sebanyak 22 juta sejak paras terendah April 2020 apabila kebanyakan ekonomi A.S. ditutup untuk menangani pandemik Covid.

Biro itu menyatakan bahawa senarai gaji swasta kini lebih tinggi daripada paras Februari 2020, sejurus sebelum pengisytiharan pandemik, walaupun pekerjaan kerajaan masih ketinggalan.

Indeks US dolar yang mengukur mata wang US dolar berbanding enam mata wang utama didagangkan kukuh 0.95% kepada paras dagangan 106.575.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat