Data NFP Rekod Bacaan Kurang Memberangsangkan, US Dollar Tertekan

720

Matawang US dollar melemah selepas data NFP dikeluarkan pada pukul 8.30 malam tadi dengan kombinasi tiga data pekerjaan yang begitu kurang memberangsangkan. Pair USD/JPY membuat junaman sejurus data dikeluarkan.

Apa yang menyebabkan kejatuhan US dollar? Data NFP menunjukkan tambahan pekerjaan di Amerika Syarikat yang meningkat 213,000 pada bulan Jun menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh A.S. Pasaran hanya menjangka tambahan sebanyak 195,000 pekerjaan dengan kadar gaji (Average Earnings) merekodkan bacaan kurang daripada jangkaan pasaran.

Data yang lebih penting iaitu kadar gaji (Average Hourly Earnings) hanya meningkat 0.2% lebih rendah berbanding jangkaan kenaikan 0.3%.

Apa yang menambah kelemahan US dollar pada awal tadi adalah data kadar pengangguran yang semakin buruk kerana meningkat kepada 4.0% daripada 3.8% sebelum ini.

US dollar setakat pada pukul 8.35 malam dilihat kekal lemah dengan ia melemah berbanding matawang utama yang lain. Pair USD/JPY kekal lemah setakat ini dengan data kadar gaji dan kadar pengangguran yang kurang memberangsangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat