Data PCE Buatkan ‘Trader’ Bertindak Balas? PCE Catat Pertumbuhan Perlahan

373

Indeks Perbelanjaan Peribadi (PCE) hanya mencatat pertumbuhan 3% secara tahunan pada bulan itu, turun dari 3.4% pada bulan September dan selaras dengan jangkaan.

“Core” PCE, yang mengecualikan kategori makanan dan tenaga yang mudah berubah pula catat pertumbuhan  3.5%, turun dari 3.7% dari bulan sebelumnya dan selaras dengan yang dijangkakan oleh ahli ekonomi dalam soal selidik Bloomberg.

Secara bulanan, core PCE meningkat 0.2% pada bulan Oktober, turun dari 0.3% pada bulan September.

Core PCE adalah ukuran inflasi yang paling sering disebut oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell, justeru tidak hairan ia dipantau dengan rapat oleh para pelabur. Sebelum data ini dikeluarkan, pasaran telah meningkatkan jangkaan mereka bahawa Fed mungkin telah selesai menaikkan kadar faedah.

Pada hari Rabu, pasaran menilai dengan kemungkinan 78% kemungkinan pengurangan kadar faedah menjelang akhir mesyuarat bulan Mei. Sebulan yang lalu, pasaran hanya menilai 41% kemungkinan pengurangan dalam tempoh yang sama, berdasarkan alat CME FedWatch.

Indeks US dolar mencatatkan pengukuhan 0.51% kepada paras dagangan 103.204 selepas data PCE dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat