Data Pekerjaan Amerika Syarikat ADP-NFP Meleset Dari Jangkaan

65

Data terbaru ADP merekodkan kenaikan jumlah pekerjaan dalam sektor swasta sebanyak 158,000 pada Jun yang kurang daripada jangkaan pasaran 185,000. Jumlah tambahan pekerjaan pada Mei telah dikaji semula kepada 230,000 dari 253,000 sebelum ini.

Menurut ADP, terdapat peningkatan pekerjaan seramai 17,000 dalam syarikat kecil, 91,000 bagi syarikat bersaiz sederhana dan 50,000 tambahan pekerjaan dalam firma besar.

Bulan lalu, ADP merekod data yang begitu kukuh, tetapi tidak sejajar dengan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh US yang hanya menambah 138,000 pekerjaan.

Oleh itu, pasaran haru berhati-hati dalam menjadikan data ADP sebagai petunjuk kepada data NFP Jumaat ini selepas bacaan yang jauh berbeza bulan lalu.

Data ini akan memberi sedikit kesan kepada US dolar sekurang-kurangnya dalam jangka pendek yang akan melemahkan sokongan kepada USS dolar yang mengukuh sejak Isnin.

Usd/Jpy susut selepas data ini dikeluarkan dengan bergerak di bawah paras 113.20. Eur/Usd pula bergerak ke sekitar 1.1400.

Diingatkan kepada para pembaca bahawa pada 7 Julai ini, laporan Non-Farm Payroll untuk bulan Jun akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam. Data NFP merupakan data pekerjaan yang paling ditunggu-tunggu setiap bulan kerana impaknya yang begitu tinggi kepada pasaran. Data NFP juga akan menjadi tumpuan The Federal Reserve sebagai petunjuk keadaan pasaran buruh semasa dan juga trend kenaikan kadar gaji.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat