Data Pekerjaan Australia Goyahkan Dolar Aussie!

194

Kekuatan dalam pasaran buruh Australia mula memberi petanda untuk mereda susulan penerbitan data pekerjaan sesi Asia yang kurang memberangsangkan.

Pekerjaan Australia tanpa dijangka menunjukkan penurunan pada bulan Disember dengan pengurangan sebanyak 14,600 guna tenaga selepas melonjak 58,300 pada November.

Selain itu, Biro Perangkaan Australia (ABS) turut melaporkan kadar pengangguran kekal pada 3.5% daripada bacaan yang disemak semula daripada paras terendah 48 tahun.

Ekoran daripada itu, hasil bon kerajaan Australia dan dolar Aussie merosot lebih rendah pada sesi Asia, berundur lebih jauh dari puncak tertinggi lima bulannya berbanding US dolar.

Pasaran kini menjangkakan bank pusat akan meningkatkan kadar sebanyak 25 mata asas atau mengekalkan kadar faedah pada 3.1% dalam mesyuarat polisinya pada 7 Februari.

Reserve Bank of Australia (RBA) telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 300 mata asas sejak Mei dan membincangkan untuk menghentikan sementara kenaikan pada mesyuarat Disember.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat