Data Pekerjaan Kanada Suram, Ini Reaksi Dolar Loonie!

349

Selain data pekerjaan NFP Amerika Syarikat, pasaran turut menyaksikan pengeluaran data pekerjaan Kanada yang menunjukkan pertumbuhan lebih perlahan dan sekali gus memberi peluang kepada US dolar untuk meningkat lebih tinggi berbanding loonie.

Data dari Statistik Kanada melaporkan negara itu telah menambah sebanyak 64,000 pekerjaan pada bulan Julai, lebih rendah dari jangkaan pasaran untuk meningkat sebanyak 150,000 pekerjaan. Bacaan ini juga menunjukkan penurunan daripada catatan pada bulan sebelumnya sebanyak 230,700.

Sementara itu, kadar pengangguran Kanada pula turun kepada 7.5% daripada 7.8% yang dicatatkan sebelumnya, dan sedikit tersasar daripada jangkaan untuk menurun pada 7.4%. Pekerjaan kekal 1.3% di bawah tahap Februari 2020.

Menurut penganalisis, pertumbuhan pekerjaan cenderung melambat kerana banyak majikan melaporkan kekurangan tenaga kerja kerana menerima bantuan dari langkah rangsangan daripada kerajaan dan kebimbangan mengenai risiko di tempat kerja yang tinggi.

Dolar Kanada terus didagangkan lebih rendah pada sesi dagangan Isnin, ketika US dolar terus mempertahankan pengukuhan berbanding kebanyakan pesaing utamanya susulan data NFP yang memberangsangkan.

Dalam pada itu, kemerosotan harga minyak mentah dunia turut memberi kesan buat dagangan dolar loonie yang ditekan oleh kebimbangan akibat penularan varian Delta secara global akan melemahkan prospek permintaan bahan bakar

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat