Harga Minyak Turut Terkena Tempias Pengukuhan USD!

374

Harga minyak melanjutkan penurunan lebih rendah pada awal minggu, di tengah meningkatnya kebimbangan pasaran terhadap penularan varian Delta secara global akan melemahkan prospek permintaan bahan bakar, selain turut terkesan dengan lonjakan USD.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut 2% kepada $69.29 setong, selepas menjunam 6% pada minggu lalu, yang menjadikannya penurunan mingguan terbesar dalam tempoh empat bulan.

Sementara niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat pula turut 1.9% kepada $66.96 setong, setelah merosot hampir 7% minggu lepas, kejatuhan terbesar sejak Oktober 2020.

China selaku pengguna minyak terbesar di dunia, telah mengumumkan sekatan perjalanan lebih ketat pada minggu lalu untuk membendung penularan varian Delta yang sangat cepat merebak.

Langkah itu termasuk pembatalan penerbangan, amaran oleh 46 bandar besar daripada melakukan perjalanan dan had perkhidmatan pengangkutan awam di 144 kawasan yang paling teruk dilanda wabak.

Selain itu, kelemahan harga minyak mentah turut dipengaruhi oleh pengukuhan US dolar yang menjadikan komoditi hitam itu lebih mahal bagi pemegang matawang utama lain.

US dolar meningkat selepas menyaksikan peningkatan memberangsangkan dalam bacaan laporan pekerjaan NFP AS pada bulan Julai, sekali gus menguatkan harapan pasaran untuk mengurangkan rangsangan lebih cepat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat