Data Pekerjaan NFP Merekodkan Bacaan Positif

923

Matawang US dollar menguat selepas data NFP dikeluarkan pada pukul 8.30 malam tadi dengan kombinasi tiga data pekerjaan yang begitu memberangsangkan. Pair GBP/USD dilihat melemah sejurus data ini dikeluarkan.

Apa yang menyebabkan kenaikan US dollar? Data NFP menunjukkan tambahan pekerjaan di Amerika Syarikat yang meningkat 223,000 pada bulan Mei menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh A.S. Pasaran hanya menjangka tambahan sebanyak 189,000 pekerjaan dengan kadar gaji (Average Earnings) melebihi jangkaan pasaran.

Data yang lebih penting iaitu kadar gaji (Average Hourly Earnings) naik 0.3% lebih tinggi berbanding jangkaan kenaikan 0.2% dan bacaan sebelum ini yang meningkat 0.1%.

Kadar pengangguran yang mencapai paras terendah 18 tahun yang lalu pada April kini terus merekodkan prestasi yang memberangsangkan kerana semakin berkurangan ke paras 3.8% dari 3.9% sebelum ini.

Namun, US dollar setakat pada pukul 8.38 malam dilihat melemah semula selepas daripada pergerakan volatile (turun-naik).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat