Data Pekerjaan UK Gagal ‘Memukau’ Pelabur!

158

Pengukuhan dalam pasaran pekerjaan UK mula menunjukkan tanda-tanda untuk mereda pada bulan Jun dengan kadar pengangguran kekal di paras terendah sejak 1974.

Melangkah masuk ke sesi Eropah, Jabatan Perangkaan Kebangsaan (ONS) UK mendedahkan bilangan pekerjaan meningkat sebanyak 160,000 dalam tempoh tiga bulan April hingga Jun, lebih rendah dari jangkaan untuk kenaikan 256,000.

Sementara kadar pengangguran pula menepati jangkaan dengan dicatatkan kekal tidak berubah pada 3.8% dalam tempoh yang sama.

Kekosongan kerja di UK dilaporkan jatuh buat kali pertama sejak Ogos 2020, menjadi petanda awal bahawa pasaran buruh yang kukuh di negara itu mulai mereda.

Bilangan jawatan kosong merosot sebanyak 19,800 kepada 1.27 juta dalam tempoh tiga bulan hingga Julai.

Angka-angka yang dicatatkan ini secara tidak langsung menambah bukti bahawa ekonomi mungkin perlahan di bawah tekanan krisis kos sara hidup dan inflasi pada paras tertinggi 40 tahun.

Dalam pada itu, pertumbuhan dalam gaji (tidak termasuk bonus) terus menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga bulan hingga Jun kepada 4.7%, tetapi kekal menjadi kejatuhan terbesar dalam rekod sejak 2001 apabila diselaraskan untuk ukuran indek harga pengguna inflasi.

Bank of England (BOE) sebelum ini bimbang pasaran buruh masih ‘panas’ dan telah memberi isyarat rancangan untuk terus menaikkan kadar faedah bagi mengelakkan inflasi melambung tinggi, berikutan berlakunya wage-price spiral*.

*Menggambarkan fenomena kenaikan harga akibat daripada gaji yang lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat