Data Penting Ekonomi A.S Terkini Beri Sedikit Kelegaan, Ini Sebabnya!

397

Data penting ekonomi Amerika Syarikat terkini dilaporkan positif apabila keyakinan pengguna A.S meningkat pada bulan Disember lebih daripada jangkaan apabila prospek pekerjaan dan ekonomi rakyat Amerika bertambah baik. Hal ini membawa indikasi bahawa terdapat pemuliha dalam ekonomi walaupun kebimbangan yang semakin meningkat terhadap penularan varian Omicron dan peningkatan harga.

Indeks Conference Board catat peningkatan kepada paras bacaan 115.8 daripada bacaan 111.9 yang disemak meningkat pada bulan November berdasarkan laporan yang dikeluarkan. Bacaan ini jauh mengatasi jangkaan para pakar ekonomi Bloomberg yang mensasarkan bacaan pada 111.

Data itu mencadangkan pengguna kekal optimis walaupun terdapat sekatan baharu berkaitan Covid-19 di beberapa bahagian negara apabila penularan varian yang terus membimbangkan. Waima begitu, Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell dan kebanyakkan ahli ekonomi berpendapat bahawa ia berkemungkinan membawa kesan ekonomi yang lebih kecil kerana rakyat A.S sudah dapat menyesuaikan diri dengan epidemik ini.

Disisi yang berbeza isi rumah pada bulan Disember menzahirkan sedikit kekhuatiran berikutan kadar inflasi masih lagi tinggi. Namun mereka optimis ia akan berkurangan pada tahun hadapan.

Indeks jangkaan Conference Board meningkat kepada paras tertinggi lima bulan pada 96.9

“Melihat ke hadapan ke 2022, kedua-dua keyakinan dan perbelanjaan pengguna akan terus menghadapi masalah akibat kenaikan harga dan jangkaan lonjakan kes Covid-19 menjelang akhir tahun” kata Lynn Franco, pengarah kanan penunjuk ekonomi di Conference Board, dalam satu kenyataan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat