Data Perdagangan Jepun Bagi Bulan Mac diramal Positif!

60

Permintaan global yang kukuh dijangka meningkatkan eksport Jepun buat bulan keempat berturut-turut pada Mac, manakala import dilihat lebih cenderung untuk mencatat lonjakan terpantas dalam tempoh tiga tahun sejajar dengan peningkatan harga minyak.

Menurut satu tinjauan yang dijalankan oleh Reuters, 18 penganalisis menjangkakan bahawa eksport Jepun akan berkembang sebanyak 6.7 peratus pada bulan Mac berbanding tahun sebelumnya selepas melonjak sebanyak 11.3 peratus pada bulan Februari.

Pemulihan harga minyak dan kelemahan Yen mula dikatakan akan mendorong kenaikan aktiviti import.

Kedua-dua angka positif ini juga secara tidak langsung bakal menyebabkan lebih perdagangan sebanyak 575.8 Billion bagi bulan ketiga berturut-turut untuk Jepun.

Menurut penganalisis di sana, permintaan bagi komponen elektrik dari negara-negara Asia juga melonjak sekali gus merangsang aktiviti eksport.

Kementerian Kewangan Jepun dijangka akan mengeluarkan data perdagangan pada Khamis minggu depan (7.50 pagi waktu Malaysia).

Jepun dan Amerika Syarikat akan memulakan dialog ekonomi pada 18 April sebagai usaha untuk menangkis tekanan yang dilemparkan oleh AS serta mengurangkan ketidakseimbangan perdagangan dua hala bagi kedua-dua negara.

Import Emas Oleh Negara Pembeli Emas Kedua Terbesar di Dunia Ini Meningkat 7 Kali Ganda!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat