Import Emas Oleh Negara Pembeli Emas Kedua Terbesar di Dunia Ini Meningkat 7 Kali Ganda!

205

Import emas di India dikatakan melonjak hampir tujuh kali ganda pada bulan Mac berbanding tahun sebelumnya berikutan faktor musim perkahwinan dan hari membeli emas menurut kepercayaan Hindu.

Menurut sumber yang dipercayai, Kementerian Kewangan india menunjukkan bahawa aktiviti import meningkat setinggi 582.5 peratus kepada 120.8 tan metrik pada bulan lepas berbanding yang dicatat pada Februari. Jurucakap Kementerian Kewangan India, DS Malik enggan memberi komen lanjut mengenai data tersebut.

Penggunaan emas di India yang juga merupakan pembeli emas kedua terbesar di dunia itu kembali pulih selepas jatuh ke paras terendah dalam tempoh tujuh tahun pada 2016.

Memetik kenyataan daripada Mehul Choksi, Pengerusi Kedai Barang Kemas Gitanjali Gems Ltd, import emas sebelum ini menunjukkan junaman berikutan dasar *demonetization di India.

Sementara itu, UBS AG berkata dalam satu laporan yang dikeluarkan pada 5 April, permintaan bagi logam berharga itu dilihat semakin pulih menjelang festival Akshaya Tritiya (hari membeli emas menurut kepercayaan Hindu) pada akhir April ini.

Masyarakat India membeli emas semasa perayaan dan perkahwinan sebagai sebahagian daripada pakaian pengantin wanita atau sebagai hadiah.

India mengimport hampir keseluruhan emas dari luar bagi memenuhi permintaan individu di sana.
Perincian maksud :

Demonetization – Langkah pertukaran nilai matawang daripada nilai yang lama kepada baru.

IEA Memotong Unjuran Pertumbuhan Minyak Global Pada Tahun 2017

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat