IEA Memotong Unjuran Pertumbuhan Minyak Global Pada Tahun 2017

49

IEA dijangka akan memotong ramalan pertumbuhan bagi permintaan minyak mentah global pada tahun 2017 sebanyak 40,000 tong sehari kepada 1.32 juta tong. Hal ini berikutan jangkaan penggunaan yang diramal akan menjadi perlahan khususnya di Amerika Syarikat dan negara-negara membangun yang lain seperti Australia, Jepun dan Korea Selatan.

Menurut agensi tersebut lagi, jangkaan pertumbuhan di beberapa negara termasuk Russia, India dan beberapa negara Timur Tengah serta Korea dan AS turut menjangkakan permintaan yang agak perlahan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Dari segi supply, pengeluaran global direkod menjunam sebanyak 755,000 tong sehari pada bulan Mac selaras dengan usaha OPEC dan pengeluar-pengeluar utama yang lain memotong jumlah bekalan sebanyak 1.8 juta tong sehari pada separuh pertama 2017.

Kadar pematuhan perjanjian itu juga diletakkan pada kadar yang agak tinggi iaitu sebanyak 99 peratus pada Mac.

Kadar pematuhan oleh non-OPEC juga  meningkat sebanyak 64 peratus daripada 38 peratus yang dilaporkan pada Februari.

Harga minyak telah meningkat dua kali ganda kepada kira-kira $56 setong daripada angka yang paling rendah dalam tempoh 13 tahun iaitu pada $27 setong yang dicatat Januari tahun lalu.

Bagai tahun 2017, IEA menganggarkan bahawa pengeluar non-OPEC akan meningkatkan pengeluaran sebanyak 485,000 tong sehari  melebihi jangkaan sebanyak 400,000 memandangkan peningkatan bekalan  yang berterusan di AS.

Emas Memasuki Dagangan ‘Thin Trading’ Hari Ini Sempena Cuti Umum Good Friday

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat