Data Perkilangan Caixin PMI China Mencatat Junaman Kali Pertama Dalam Tempoh 11 Bulan!

166

Aktiviti perkilangan di China dilaporkan menjunam dengan tidak disangka-sangka untuk kali yang pertama dalam tempoh 11 bulan apabila kebanyakan syarikat membuang lebih banyak pekerjaan disebabkan permintaan yang melemah.

Indeks Caixin PMI menjunam sebanyak 49.6 di bawah paras 50 mata yang membezakan diantara proses penguncupan dan pertumbuhan pada setiap bulan. Angka tersebut jatuh di bawah jangkaan ahli ekonomi sekali gus melanjutkan penurunan yang dicatat dalam tempoh tiga bulan selepas bacaan Februrai dicatat pada 51.7.

Laporan ini agak ketara dengan bacaan yang diumumkan pada Rabu kerana data Caixin ini cenderung untuk memberi tumpuan kepada firma-firma yang lebih kecil kerana dipercayai dapat memberi manfaat kepada perkembangan sektor pembinaan berbanding syarikat besar.

Perbezaan data ini juga membuktikan bahawa pengukuhan ekonomi China baru-baru ini masih berkait rapat dengan industri berat dan rangsangan yang diberikan oleh kerajaan secara berterusan.

Pengarah analisis makroekonomi di CEBM Group, Zhengsheng Zhong berkata dalam satu nota bahawa sektor pembuatan China berada di dalam tekanan yang lebih besar pada bulan Mei memandangkan ekonomi jelas sedang bergerak dalam momentum ke bawah.

Apa Kesan Kepada Pasaran Minyak Mentah Setelah Laporan Industri Dicatat Positif Semalam?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat