Apa Kesan Kepada Pasaran Minyak Mentah Setelah Laporan Industri Dicatat Positif Semalam?

80

Niaga minyak mentah melonjak dalam sesi Asia pagi ini selepas terjunam ke bacaan terendah dalam tempoh tiga minggu setelah disokong oleh laporan industri yang menunjukkan bahawa stok simpanan minyak mentah AS menurun melebihi jangkaan awal.

Data dari Institut Petroleum Amerika (API) menunjukkan bahawa inventori minyak mentah telah menurun sebanyak 8.7 juta tong kepada 513.2 juta pada minggu berakhir 26 Mei berbanding dengan jangkaan awal penganalisis sebanyak 2.5 juta tong.

Brent mentah bagi dagangan bulan Julai merosot sebanyak 46 sen kepada $51.22 setong.

Pada hari Rabu, minyak Brent menjunam sebanyak $1.53 atau 3 peratus kepada $50.31 setong pada hari terakhir bulan Mei. Ini merupakan harga penutup yang paling rendah sejak 10 Mei dan kontrak ini dicatat menurun sebanyak 2.7 peratus pada bulan lalu.

Sementara itu, minyak WTI dicatat meningkat sebanyak 51 sen kepada $48.83 setong dengan kejatuhan sebanyak $1.34 atau 2.7 peratus dan berlegar berhampiran paras terendah sejak 12 Mei lalu.

Data selanjutnya akan dikeluarkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga pada hari ini, lewat sehari dari kebiasaannya, memandangkan Amerika Syarikat bercuti sempena cuti umum pada Isnin.

Keuntungan bagi pasaran ini dikatakan dihadkan oleh pandangan bearish daripada OPEC dan beberapa pengeluar lain yang terperangkap di dalam pertempuran untuk meningkatkan harga.

Satu tinjauan daripada Reuters juga mendapati bahawa output dari OPEC mula meningkat pada bulan Mei, iaitu peningkatan bulan pertama tahun ini.

Bekalan yang lebih tinggi oleh Nigeria dan Libya iaitu ahli yang dikecualikan oleh OPEC daripada perjanjian pembekuan bekalan telah mengimbangi penurunan pembekuan oleh ahli yang lain.

Sentimen Terkini Pasaran Sesi Asia : AUD/USD Menjunam, GBP/USD Melonjak

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat