Data perumahan dan permit dikeluarkan, perkembangan ekonomi US dilihat positif

36

Bilangan unit perumahan yang mula dibina dan permit bangunan yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat keduanya meningkat daripada yang dijangka dan ini sekaligus menunjukkan keadaan positif bagi sektor perumahan Amerika Syarikat.

Dalam laporan oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat, pembinaan rumah meningkat sebanyak 4.8% bersamaan dengan jumlah sebanyak 1.189 juta unit.

Sementara itu jumlah permit bangunan yang dikeluarkan meningkat sebanyak 1.5% iaitu bersamaan dengan 1.153 juta.

Keluarnya kedua data ini, EUR/USD didagangkan rendah pada harga 1.1028 daripada 1.1032  manakala GBP/USD pada harga 1.1314 daripada 1.3144 dan USD/JPY meningkat daripada 106.25 kepada 106.35.

Indeks US Dollar pula menguat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat