Data PMI AS Gagal Tumbangkan Nilai Emas, Bertakhta Gah Di Atas $2,020

456

Emas mencatatkan kerugian sederhana pada malam tadi di saat pengumuman data ekonomi PMI AS yang menunjukkan pengukuhan pada angka pekerjaan. Ini menunjukkan bahawa aktiviti perniagaan terus berkembang walaupun alami penurunan pada laporan sebelum ini.

Minit mesyuarat dasar monetari FOMC memberi bayangan kepada pasaran bahawa Fed tidak tergesa-gesa untuk mengurangkan kadar faedah dalam masa terdekat ini.

Harga emas kini didagangkan pada paras $2,027.01 iaitu naik sebanyak 0.13% pada pembukaan dagangan pagi tadi.

Para pelabur XAU/USD kini cuba untuk meraih peluang daripada doket ekonomi yang sibuk di AS. Biro Statistik Buruh (BLS) mendedahkan bahawa tuntutan pengangguran untuk minggu ini menurun berbanding minggu lepas.

Pada masa yang sama, S&P Global mendedahkan laporan PMI Flash pada Februari agak bercampur. Ini akan menguatkan jangkaan Fed untuk mengekalkan kadar lebih tinggi untuk lebih lama.

Minit Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) terkini menekankan bank pusat AS komited tinggi untuk menangani inflasi walaupun risiko ekonomi condong ke arah bawah. Pembuat dasar menekankan bahawa mereka akan memutuskan untuk melonggarkan dasar melalui pendekatan yang bergantung kepada data.

Melihat secara teknikal, emas sebenarnya menunjukkan arah penjunaman jika dipaparkan pada SMA 50 hari. Pasaran meletakkan paras atas sukar bagi XAU/USD pada tahap $2,050.00 dan seterusnya $2,065 jika berlakunya kenaikan pada harga komoditi tersebut.

Jika ia sebaliknya, paras sokongan bawah bakal ditetapkan pada paras $1,973.13 dan diikuti dengan $1,965.86.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat