Data PMI China Benam AUD/USD Bawah $0.6500!

258

Tumpuan pasaran di sesi Asia hari ini (Selasa) terarah seketika kepada terbitan data PMI perkhidmatan Caixin pada jam 9.45 pagi tadi.

Bacaan data untuk Februari itu menunjukkan sektor perkhidmatan di China sedikit menurun, namun angka masih berada di atas paras 50.0 mata.

Namun ia dilihat telah memberi kesan yang agak ketara kepada mata wang dolar Australia ekoran ekonomi yang berkait rapat dengan China sebagai rakan dagang utama.

Penyusutan dolar Aussie di sesi Asia berterusan menyambung dagangan pada pembukaan sesi Eropah petang ini.

Pergerakan harga dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang AUD/USD yang dilihat memaparkan penurunan ke paras terendah terbaru mengatasi paras minggu lalu.

Pada dagangan pembukaan awal minggu semalam, harga yang berlegar di sekitar 0.65300 memaparkan corak penurunan sederhana untuk beberapa sesi.

Isyarat bearish harga diperhatikan ketika penutup dagangan sesi New York menyaksikan harga bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD tersebut.

Selepas memberi reaksi pada data yang diterbitkan di sesi Asia pagi tadi, harga menyambung penurunan hingga melepasi paras 0.65000.

Penurunan harga dilihat telah melepasi paras yang dicecah minggu lalu sekitar 0.64900 dengan jangkaan penurunan bakal dilanjutkan menuju zon support pada 0.64500.

Jika situasi kembali berubah melihatkan harga melantun membuat kenaikan semula, paras 0.65000 perlu diatasi sebelum beri isyarat lebih bullish buat harga.

Kenaikan yang berjaya diteruskan selepas itu menjangkakan zon pada 0.65400 untuk kembali dicapai semula.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat