Data PPI China Meningkat Pada Kadar Terpantas dalam Tempoh 5 Tahun!

320

Indeks harga pengeluar (PPI) di China dilapor meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh 5 tahun pada bulan Disember dan  berpotensi dalam menolak harga ke tahap yang lebih tinggi.

PPI melonjak sebanyak 5.5 peratus bulan lalu berbanding tahun sebelumnya berbanding anggaran sebanyak 4.6 peratus dalam kaji selidik Bloomberg. Dalam laporan yang sama, indeks harga pengguna pula menunjukkan peningkatan sebanyak 2.1 peratus berbanding 2.2 peratus yang diramalkan oleh penganalisis.

Menurut Julia Wong iaitu pakar ekonomi di HSBC Holdings Plc di Hong Kong, sektor perkilangan di China berterusan menunjukkan pemulihan.

Sumber : Bloomberg

Sementara itu, Ketua Ekonomi China di pasaran NatWest, Royal Bank of Scotland Group Plc iaitu Harrison Hu mengatakan bahawa harga pengeluar meningkat lebih cepat daripada yang dijangkakan. Angka ini juga menunjukkan bahawa ekonomi China semakin pulih. Hu juga menjangkakan bahawa data PPI yang baik suku ini akan menolak inflasi ke tahap yang lebih tinggi tahun ini.

Bagi butiran harga pengeluar, bahan perlombongan dikatakan meningkat sebanyak 21.1 peratus pada bulan Disember, manakala bahan mentah meningkat sebanyak 9.8 peratus.

Harga belian bahan api dan logam juga melonjak daripada setahun yang lalu sebanyak 6.3 peratus.

Dalam masa yang sama, harga makanan dan bukan makanan juga menunjukkan peningkatan dalam laporan ini.

Penguatan Yen Hari Ini Menjadi Tanda Tanya

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat