Penguatan YEN Hari Ini Menjadi Tanda Tanya

63

Usd/Jpy hari ini telah mencatatkan penurunan sehingga hampir 140 pip sejak pukul 2 petang tadi dari paras tertinggi 117.52 sehingga paras terendah setakat pada masa artikel ini ditulis iaitu 116.19.

Pergerakan pasangan matawang ini cenderung ke bawah walaupun terdapat peningkatan nilai US dolar berbanding matawang utama yang lain, khususnya Pound Sterling.

Walaubagaimanapun, Dolar Australia dan kiwi mencatatkan kenaikan pada hari ini, manakla Eur/Usd dan Usd/Chf didagangkan stabil sejak sesi Asia pagi tadi.

Walaupun data NFP minggu lalu masih dinilai sebagai positif, tetapi masih belum cukup untuk US dolar menguat berbanding majoriti matawang utama yang lain. Data NFP mencatatkan kenaikan dalam purata gaji manakala sebaliknya kepada jumlah tambahan pekerjaan yang berkurang begitu besar, tetapi masih stabil.

Ketidaktentuan semakin terasa menjelang kemasukan Trump ke White House dengan polisi yang akan beliau laksanakan. The Fed juga sebelum ini mengutarakan kebimbangan terhadap perkara ini dengan majoriti ahli FOMC berpendapat ketidaktentuan yang tinggi kepada ekonomi US. Pasaran dijangka mendapat maklumat yang lebih jelas pada 20 Januari ini.

Mungkin juga ketidaktentuan pasaran ketika ini dengan kelemahan US dolar adalah disebabkan pentadbiran baru US dan ketidaktentuan dalam polisi ekonomi terbesar dunia itu. Jika dilihat dalam instrumen ‘safe haven’ ketika ini, Yen dan Emas mencatatkan penguatan dengan masing-masing menguat berbanding US dolar hari ini, kecuali Swiss Franc yang didagang stabil.

Jika dilihat dalam indeks volatility (CBOE volatility index) atau indeks ketakutan pasaran (fear index) hari ini juga turut mencatatkan kenaikan kecil yang menunjukkan kebimbangan pasaran. Dalam keadaan sebegini, biasanya pasaran akan beralih kepada instrumen ‘safe haven’ dan buktinya adalah kenaikan Yen dan Emas pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat