Data Suram Amerika Syarikat Menambah Tekanan Kepada US Dolar

49

Data jualan runcit susut pada Mac yang menunjukkan bukti bahawa perbelanjaan pengguna yang perlahan pada bulan tersebut. Perbelanjaan pengguna adalah satu faktor penting yang menyumbang kepada ekonomi Amerika Syarikat.

Enam daripada 13 komponen jualan runcit merekodkan kejatuhan pada tempoh sama, di mana jualan gasolin susut 1% dan jualan kenderaan pula susut 1.2%. Manakala jualan makanan jatuh 0.6%.

Manakala core-retail sales yang mana digunakan untuk menganggar pertumbuhan ekonomi (GDP) pula tidak berubah dari bulan lepas. Hal ini diikuti dengan kenaikan 0.2% pada Februari.

Core ratail sales adalah satu data yang tidak mengambilkira jualan kenderaan.

Jualan runcit juga dianggap sebagai petunjuk kepada perbelanjaan pengguna yang mewakili hampir 67% ekonomi Amerika Syarikat.

Dalam masa yang sama data CPI juga dikeluarkan oleh Jabatan Buruh AS yang merekodkan penyusutan pada Mac tetapi masih berada jauh lebih tinggi dari sasaran kerajaan AS dari segi tahunan.

CPI naik 2.4% dari segi tahunan berbanding 2.7% yang dicatat sebelum ini.

Dengan data CPI yang merosot kali ini dijangka tidak memberi tekanan kepada The Fed untuk mengetatkan polisi secara pantas. Pendirian Yellen sebelum ini yang mahu menaikkan kadar secara beransur-ansur adalah bertepatan dengan data inflasi hari ini yang tidak mendesak kenaikan kadar lebih dari tiga kali tahun ini.

Data secara keseluruhan boleh dikatakan suram dengan perbelanjaan pengguna yang lemah pada Mac yang akan mempengaruhi jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK (GDP). Dalam konteks ini, masih terdapat keraguan kepada pengukuhan ekonomi AS.

US dolar melemah sejurus data ini dikeluarkan khususnya dengan data CPI yang turut merosot lebih dari jangkaan. Reaksi pasaran adalah minimum dengan hari cuti umum di beberapa negara pasaran utama dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat