Data Tuntutan Pengangguran Beri Indikasi Sektor Pekerjaaan Semakin Kritikal?

401

Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan baru untuk faedah pengangguran meningkat secara tidak dijangka pada minggu lalu, walaupun pasaran buruh terus pulih.

Tuntutan awal untuk faedah pengangguran Amerika Syarikat meningkat 16,000 kepada 351,000 yang disesuaikan mengikut musim bagi minggu yang berakhir pada 18 September, kata Jabatan Tenaga Kerja pada hari Khamis.

Pada akhir Ogos yang lalu salah satu Teluk di A.S telah dilanda taufan yang kuat menyebabkan penjana kuasa di Louisiana mengalami kerosakan dan banjir di sekitar New York dan New Jersey. Ini sedikit sebanyak telah menjadi faktor peningkatan jumlah tuntutan pekerjaan.

Di sisi lain, para ahli ekonomi meramalkan sebanyak 320,00 jumlah bagi minggu terkahir, namun jangkaan ini jauh tersasar. Secara keseluruhan, jumlah tuntutan pengangguran telah menurun dari bacaan 6.149 juta pada awal April 2020, tetapi masih berada di atas julat 200.000-250.000 yang dilihat selaras dengan keadaan pasaran buruh yang sihat.

The Fed pada hari Rabu telah memberi komen positif terhadap perkembangan ekonomi maka terdapat kebarangkalian pengurangan pembelian bon akan berlaku tidak lama lagi dan memberi isyarat kenaikan kadar faedah mungkin berlaku lebih cepat daripada yang dijangkakan.

Pertumbuhan pekerjaan bertumbuh perlahan pada bulan Ogos, dengan gaji mencatat keuntungan terkecil dalam tujuh bulan di tengah-tengah penghentian pengambilan pekerja bagi sektor percutian dan perhotelan yang tinggi kerana jangkitan yang disebabkan oleh varian Delta Covid-19 yang semakin meningkat.

Faktor yang berkaitan dengan pandemik menyebabkan kekurangan pekerja, yang menyekat pengambilan pekerja. Pengerusi the Fed, Jerome Powell menyatakan bahawa beliau menjangkakan “pertumbuhan pekerjaan yang lebih cepat” kerana faktor-faktor ini akan berkurangan.

The Fed menjangkakan kadar pengangguran adalah pada 4.8% pada tahun ini. Iaitu naik dari kadari 4.5% yang disasarkan bank pusat A.S pada bulan Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat