Debaran Inflasi AS, Ini Detik Penting Buat USD!

639

Pasaran terus mempamerkan pergerakan yang perlahan ketika sesi Eropah apabila semua tumpuan kini terarah kepada data inflasi Amerika Syarikat.

Walaupun dalam sesi dagangan yang terhad, yen berhasil mencatatkan keuntungan susulan laporan Bank of Japan (BOJ) yang dikatakan akan mengkaji semula impak daripada dasar monetarinya pada mesyuarat minggu depan.

Sementara US dolar pula kekal melemah berbanding pesaing utama dengan harga terus berlegar pada sekitar paras terendah bulanan.

Indeks harga pengguna (CPI) AS diunjurkan meningkat 6.5% pada Disember, menurun daripada 7.1% tahun ke tahun yang dicatatkan pada bulan November lalu.

Terdahulu, pada sesi Asia pelabur telah diperlihatkan dengan peningkatan sederhana dalam inflasi China pada Disember kepada 1.8% daripada 1.6% yang dijangkakan.

Bagaimanapun, ia gagal mempengaruhi dagangan mata wang Asia, dolar Aussie dan New Zealand menyaksikan hanya sedikit perubahan harga dipaparkan kedua-dua mata wang itu.

Dalam pada itu, euro kekal stabil pada sekitar paras tertinggi 7 bulan berbanding USD, di samping terus memanfaatkan sokongan daripada kenyataan hawkish penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB).

Penting buat dagangan pound adalah terbitan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) UK pada Jumaat, memperlihatkan mata wang itu kekal menguat di paras ketinggian 3 minggu berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat