Debat Pertama Panas! Trump Digelar Sebagai ‘Badut’

552

Calon Presiden Amerika Syarikat 2020, Donald Trump dan pencabar utamanya, Joe Biden memulakan perdebatan sengit dalam debat pertama selama 90 minit yang berlangsung di Cleveland hari ini.

Di samping saling berbalas panggilan gelaran, kedua-dua calon tersebut turut berhujah mengenai isu wabak pandemik coronavirus, mahkamah Agung dan ekonomi negara.

Joe Biden telah memanggil presiden itu sebagai ‘badut’ dan menyuruhnya ‘diam’, sementara Trump pula membangkitkan isu mengenai penggunaan dadah oleh anak pesaingnya.

Isu pertama yang ditimbulkan adalah mengenai Mahkamah Agung, di mana Trump telah mencalonkan Amy Coney Barret untuk mengisi jawatan hakim yang dilihat akan lebih memihak kepada presiden itu dalam pilihan raya ini.

Seterusnya, Biden telah membidas Trump dengan isu corovirus yang telah membunuh lebih 200,000 rakyat Amerika bahawa sekiranya presiden itu lebih ‘bijak’, situasi ini tidak akan berlaku.

Dalam pada itu, kedua-dua calon itu turut berdebat mengenai kelayakan mereka untuk memacu ekonomi AS mengharungi krisis pandemik.

Trump telah menekankan mengenai pemotongan cukainya yang mesra perniagaan dan peningkatan dalam pasaran saham, manakala Biden pula menyebut mengenai penciptaan pekerjaan yang dibuat oleh beliau ketika menjadi naib presiden semasa pentadbiran Obama.

Usai sahaja perdebatan tersebut, tinjauan pendapat menunjukkan bahawa Biden mempunyai kelebihan berbanding Trump. Namun begitu, dalam tempoh 35 hari yang masih tersisa sehingga pilihan raya, tinjauan daripada beberapa negeri penting menunjukkan jurang yang rapat antara kedua calon itu.

Tinjauan juga menunjukkan bahawa 1 dari 10 warga Amerika masih belum memutuskan siapa yang akan diundi.

Ramai pelabur yang menjangkakan kemenangan Biden akan membawa kepada kenaikan cukai, sementara Trump yang memilih pemotongan dan pembatalan cukai sebagai lebih baik untuk pasaran saham secara keseluruhan. Pada masa yang sama, kemenangan Trump akan mencetuskan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan antara AS dan China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat