Desak Beli BTC & Emas, Elon Musk Samakan Fed Dengan Permainan Monopoly!

906

“Semua mesti suka main monopoly kan, jadi mesti korang faham apa yang nak dikatakan Musk ini.”

Jutawan Elon Musk menyamakan Federal Reserve (Fed) sama seperti permainan Monopoly susulan mengikut peraturannya, pemain boleh menggunakan sekeping kertas bagi meneruskan transaksi sekali gus mewujudkan rasa keupayaan tanpa had untuk menjana wang jika bank kehabisan wang tunai.

Kenyataan oleh Musk di platform media sosial X telah mencetuskan kebimbangan terhadap dasar monetari Fed termasuk masalah ekonomi yang berterusan ditambah pula pengkritik mendakwa pencetakan wang tanpa kekangan boleh mengakibatkan inflasi serta penurunan nilai mata wang.

Bertindak balas pada tweet Musk, penganalisis kewangan Michaël van de Poppe mengesyorkan para pelabur untuk membeli Bitcoin (BTC), emas dan perak susulan pelaksanaan pelonggaran kuantitatif (QE) mungkin akan disambung semula.

Sementara ahli ekonomi Peter Schiff turut meramalkan harga emas dan perak akan melihat kenaikan ketara tetapi beliau yang masih berpandangan negatif terhadap BTC telah berkata bahawa aset digital itu adalah “dead money”.

Bukan itu sahaja, Schiff yang turut membangkitkan isu tentang keyakinan pengguna, inflasi dan kadar faedah turut mendakwa dasar Fed mungkin menjadi tidak produktif kemudian tekanan kemelesetan mungkin mendorong mereka menurunkan kadar faedah dan memulakan QE semula.

Disebabkan tahap hutang Amerika Syarikat (AS) meningkat, pelabur telah bergerak ke arah BTC serta emas sebagai lindung nilai terhadap inflasi dan perlu diketahui defisit belanjawan AS yang cecah $1.7 trilion pada tahun fiskal 2023 dijangka capai $2.6 trilion menjelang 2034.

Suka dimaklumkan harga BTC berjaya bergerak melebihi $73,000 sejurus selepas Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) meluluskan spot BTC ETF paling dinanti-nantikan yang akhirnya mendorong permintaan untuk aset digital itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat