Desakan Arab Saudi, Rusia Tak Jejas Harga Minyak

229

Harga komoditi hitam kekal didagangkan rendah di tengah-tengah kekhuatiran terhadap peningkatan berterusan kes Covid-19 di Amerika Syarikat dan Eropah akan melemahkan lagi permintaan minyak dunia.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent susut pada $42.22 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pada $39.95 setong.

Jumlah kes Covid-19 di seluruh dunia kini telah melebihi 38 juta di seluruh dunia, dengan Amerika Syarikat mendahului carta sementara Eropah pula mencatatkan peningkatan kes harian tertinggi sejak bulan Mei.

Bimbang dengan risiko yang berterusan dalam pasaran minyak mentah, Presiden Rusia Vladimir Putin dan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman telah menggesa para ahli OPEC+ untuk mematuhi pemotongan pengeluaran yang dipersetujui.

Walau bagaimanapun, dagangan minyak mentah gagal memanfaatkan peluang untuk meningkat susulan laporan tersebut.

Kedua-dua pemimpin yang bercakap melalui panggilan telefon pada Selasa, dilaporkan telah berbincang mengenai keadaan pasaran minyak global dan usaha yang dilakukan untuk mencapai keseimbangan dan menyokong pertumbuhan ekonomi global.

Sementara itu, OPEC dalam laporan bulanan terbarunya menjangkakan permintaan minyak pada tahun 2021 dengan peningkatan sebanyak 6.54 juta tong sehari kepada 96.84 juta tong sehari, 80,000 tong lebih rendah daripada unjuran bulan lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat