Desakan Biden Tidak Berkesan, Netanyahu Tekad Hancurkan Rafah!

437

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata beliau tekad untuk melakukan pencerobohan darat ke atas bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia merupakan penempatan terakhir penduduk Palestin untuk berlindung.

Walaupun Presiden AS, Joe Biden mendesak beliau untuk hentikan serangan ke atas anak-anak kecil dan wanita yang tidak bersalah di Palestin, Netanyahu secara jelasnya menegakkan pendirian untuk meneruskan misi tersebut.

Beliau memberitahu pegawai penggubal undang-undang pada hari Selasa bahawa dia menyatakan sangat jelas kepada Amerika Syarikat untuk segera menghapuskan kumpulan Hamas yang berada di Rafah. Tiada cara lain kecuali dengan menyerang habis-habisan.

Selepas kedua-dua pemimpin berucap pada Isnin, penasihat keselamatan negara White House, Jake Sullivan berkata AS percaya serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan besar dan Israel membawa niat ketenteraannya yang lain.

Dalam ucapannya, Netanyahu berkata bahawa dia akan menunggu untuk mendengar cadangan daripada AS sebagai tanda hormatnya ke atas negara gergasi itu bagi melindungi penduduk awam di Rafah sebelum mengarahkan operasi itu.

Tetapi dia tidak melihat sebarang alternatif selain daripada serangan darat bagi melaksanakan matlamatnya untuk memusnahkan Hamas.

Pegawai Israel berkata bahawa Rafah yang terletak di sempadan Mesir adalah kubu kuat terakhir Hamas di Gaza. Dianggarkan seramai 1.5 juta rakyat Palestin yang berlindung di sana selepas melarikan diri dari kawasan titik panas perang.

Jurucakap White House, Karine Jean berkata Biden meminta Netanyahu menghantar pasukan kanan tentera, perisikan dan pegawai kemanusiaan ke Washington untuk membentangkan perancangan menyeluruh mengenai operasi di Rafah.

Butiran masih diusahakan, tetapi pertemuan itu mungkin akan berlaku awal minggu depan.

Menurut pegawai kesihatan Palestin, hampir 32,000 orang telah disahkan terbunuh dalam serangan balas Israel.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat