Detik Kritikal NEAR Protocol (NEAR) dan Solana (SOL) Buktikan Keunggulan Rangkaian

312

Baru-baru ini pasaran kripto dikejutkan dengan dua kejadian yang boleh disifatkan sebagai situasi genting untuk menilai kemampanan rangkaian.

Insiden tersebut terkait dengan NEAR Protocol dan Solana.

Walaupun berbeza dari aspek ketahanan, tetapi cukup membawa satu tanggapan positif terhadap salah satu rangkaian tadi.

Apa yang berlaku?

  • Solana (SOL) Lumpuh Kali Ke-7
    • Solana mungkin akan kehilangan statusnya sebagai ‘Ethereum Killer’ tidak lama lagi.
    • Penghasilan blok atau transaksi di Solana telah tergendala selama 7 jam pada 1 Mei berdasarkan ciapan rasmi Solana Status menerusi Twitter:

      • Insiden ini menjadikan kejadian yang ke-7 sepanjang tahun. Pada Januari sahaja, Solana berdepan dengan isu yang sama sebanyak 3 kali.
      • Masalah berpunca daripada aplikasi penghasilan (minting) NFT, Candy Machine yang diserang bot sehingga menyebabkan Solana lumpuh.
      • Bot inilah menghasilkan lambakan transaksi untuk diproses pengesah blockchainnamun gagal kerana terlalu banyak transaksi yang diterima.
      • Kejadian tersebut menyebabkan harga SOL susut lebih 18%, menyentuh nilai $73.88 pada hari ini.
      • Ketika penulisan, SOL didagangkan pada $75.61, susut lebih 2% dalam 24 jam dan lebih 16% sejak minggu lalu.
  • Hacker Terciduk Cuba Godam NEAR Protocol
    • Rangkaian yang lain daripada yang lain kerana berjaya scam penggodam Eh, ye ke ni?
    • Seminggu selepas pelancaran stablecoin algoritma, USN; NEAR Protocol diserang penggodam melalui Rainbow Bridge.

Rainbow Bridge merupakan penghubung (bridge) yang menghubungkan NEAR Protocol dengan Etherum, memudahkan pembangun untuk melancarkan aplikasi desentralisasi (dApps) dan aset Ethereum di Near, begitu juga sebaliknya.

    • Kejadian ini bermula apabila hacker mengirimkan sejumlah dana ETH dari platform pertukaran desentralisasi (DEX), Tornado Cash untuk mewujudkan relayer Rainbow Bridge.

Relayer merupakan perantara penting untuk kebanyakan bridge. Misalnya relayer untuk ekosistem NEAR Protocol memastikan LiteNodes sentiasa menjejaki blok dari rangkaian lain.

    • Deposit itu juga bertujuan untuk menghasilkan blok ‘tiruan’ bagi mengelirukan ekosistem NEAR Protocol.
    • Kehadiran bot nilai diestrak pelombong (miner extractable value, MEV) berjaya menyekat deposit tersebut dan ‘merampas’ 2.5 ETH ($6,154.86 / RM26,953.49).

Bot MEV diperkenalkan di sesebuah ekosistem bagi tujuan menyusun semula, memasukkan dan menyekat transaksi untuk mengekstrak nilai daripada blok.

    • Pengguna NEAR Protocol tidak menerima kesan daripada insiden ini tetapi sudah cukup mengujakan seluruh komuniti kripto kerana kemampanannya menangani penggodaman.
    • Ketika penulisan, NEAR mencatatkan nilai dagangan, $11.23, meningkat lebih 10% dalam 24 jam tetapi susut lebih 5% sejak minggu lalu.
    • Dari rekod terendah harian pada 8 Mei, $9.85, NEAR telah meningkat lebih 16%, menyentuh paras tertinggi harian, $11.48 pada hari ini.

Jika perhatikan, kedua-dua insiden ini agak ketara antara satu sama lain. Namun, kehadiran MEV sudah cukup menerangkan betapa ia penting untuk menapis sebarang transaksi yang dilakukan bagi tujuan satu penipuan atau kerosakan ekosistem.

NEAR Protocol sudah membuktikan kemampanannya tetapi Solana pula semakin hilang taringnya.

Barangkali Solana boleh mencari penyelesaian (walaupun sepatutnya sudah boleh diatasi memandangkan ia insiden ke-7) supaya projeknya boleh kekal bertahan untuk jangka masa yang panjang dan paling penting mengekalkan statusnya sebagai ‘Ethereum Killer’.

Apa pula kata peminat NEAR dan Solana?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat