Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso berkata Jepun dan Amerika Syarikat akan memulakan dialog ekonomi dua hala seawal bulan April.
Dialog ekonomi itu dirangka bagi memberi tumpuan terhadap isu-isu seperti dasar ekonomi, infrastruktur, tenaga dan dasar perdagangan.
Perdana Menteri Shinzo Abe dan Presiden Donald Trump minggu lepas bersetuju untuk mewujudkan dialog ekonomi dua hala yang akan diketuai oleh Aso yang juga memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Jepun dan Naib Presiden AS, Mike Pence.