Dihimpit Kebimbangan Tidak Menjadi Masalah, Penggubal Dasar ECB Tetap Komited!

339

Para penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB) dilihat bakal meneruskan langkah untuk menghentikan pakej ransangan dengan beberapa pihak mendesak untuk lebih banyak tindakan walaupun syarat untuk menaikkan kadar sama ada telah dipenuhi atau hampir dipenuhi.

Para penggubal dasar bersetuju dalam mesyuarat sebelum yang memilih untuk menamatkan pembelian bon sehingga suku ketiga dan tidak membuat komitmen lanjut untuk mengumumkan semula rangsangan walaupun inflasi terus meningkat berikutan lonjakan harga minyak dan makanan.

Walaubagaimanapun, para penggubal dasar dilihat bakal mengambil tindakan yang lebih jauh seperti menetapkan tarikh untuk menamatkan pembelian bon dan dalam masa yang sama inflasi mempunyai kecenderungan untuk mlonjak lebih tinggi.

Kata ECB bahawa syarat untuk perlarasan menaikkan kadar faeadh utama ECB sama ada telah dipenuhi atau hampir untuk dipenuhi. Waima begitu ECB menyatakan bahawa perang di Ukraine menimbulkan ketidakpastian yang begitu banyak sehingga ECB perlu memastikan bahawa tindakan yang diambil tidak begitu drastik.

Harga bahan api dan sekatan yang tinggi dilihat akan membebankan pertumbuhan ekonomi dan ekonomi zon Eropah mungkin akan terbantut untuk separuh tahun ini. Pasaran kini menetapkan harga dalam gabungan 60 mata asas kenaikan kadar dalam kadar deposit -0.5% pada tahun ini. ECB akan bermesyuarat pada 14 April nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat