Dituduh Langgar Peraturan, SEC Siasat Pencipta NFT Bored Ape!

102

Yuga Labs disiasat oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) dalam menentukan sama ada non-fungible token (NFT) Bored Ape Yacht Club (BAYC) serta token ApeCoin adalah sekuriti tidak berdaftar.

Difahamkan Yuga Labs diselidik susulan dituduh melanggar undang-undang persekutuan dalam mengeluarkan NFT dan bagaimana proses pengedaran token ApeCoin berasaskan Ethereum (ETH) dibuat.

Hal ini berikutan kerana pengasas Yuga Labs mengaut banyak manfaat sejurus selepas wujudkan token tersebut.

ApeCoin dilancarkan oleh Yayasan Ape yang merangkumi pembina Web3 terkemuka seperti pengasas bersama Reddit, Alexis Ohanian dan ketua FTX Ventures, Amy Wu.

Kini harga ApeCoin jatuh selepas laporan itu diterbitkan iaitu turun sebanyak 9% dalam tempoh 24 jam lalu.

Tegas Yuga Labs, syarikatnya akan bekerjasama dengan industri dan pengawal selia dalam mengembangkan ekosistem sementara pihak penyelia terus berusaha mendalami dunia Web3.

Secara konteks, BAYC berjaya mewujudkan 10,000 koleksi NFT pada harga ETH bernilai $19 setiap satu dan menghasilkan keuntungan sebanyak $319 juta.

Malah pemilik NFT BAYC akan mendapat kemudahan akses untuk berkomunikasi bersama pemilik lain serta berupaya mencipta dan menjual karya seni tersendiri.

Antara faedah lain adalah memiliki Bored Ape Kennel Club (BAKC), Mutant Ape Yacht Club (MAYC) dan peruntukan ApeCoin secara percuma.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat