Dituduh Manipulasi Pasaran, Ini Penjelasan Binance

913

Binance dalam twit terbarunya pada malam tadi menjelaskan pihak mereka tidak pernah memanipulasi pasaran dan menentang kepentingan penggunanya.

Tidak pasti apa yang mencetuskan ‘emosi’ Binance, namun ada segelintir pihak berpendapat ia mungkin berkaitan dengan kenyataan yang dimuatnaik oleh seorang individu yang mengaku dirinya sebagai bekas pekerja Binance.

Pada 21 Ogos, pengguna twit dengan username @RealFulltimeApe telah menuduh Binance mempergunakan penggunanya: “Sebagai bekas jurutera data Binance (Eropah), saya boleh beritahu anda: Anda telah ditipu. Binance sentiasa countertrading dan liquidating anda. Binance ada menyimpan gambaran keseluruhan liquid besar dan sengaja pump/dump harga untuk mendapatkan keuntungan. Bukti akan menyusul.”

Menyedari keadaan ini menyukarkan lagi pasaran Binance, pihak mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang demi melindungi kepentingannya.

Sementara itu, akaun @RealFulltimeApe didapati telah dipadam ketika artikel ini ditulis.

Kedudukan Binance boleh dikatakan semakin meruncing.

Sebelum ini firma itu telah berhadapan dengan isu pengoperasian secara haram dan menjadi sasaran pihak berkuasa beberapa negara termasuk Itali, Malaysia, Poland, Jerman, United Kingdom (UK), Thailand, Kanada, Jepun, Singapura, Korea Selatan, dan Netherland.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat