DJI Catat Paras 34,000, S&P Rekod Paras Tertinggi

247

Indeks Dow Industrial (.DJI) ditutup di atas paras 34,000 buat kali pertama semalam selepas penandas aras cip biru itu dan S&P 500 (.SPX) mencatatkan kenaikan tertinggi menerusi lonjakan saham teknologi yang didorong oleh penurunan hasil bon dan penjualan runcit Amerika Syarikat (AS) pada bulan lalu.

S&P 500 merekodkan penutupan tertinggi yang kedua pada minggu ini dan Dow melepasi paras tertinggi sebelumnya pada 9 April lalu.

Indeks Nasdaq Composite (.IXIC) ditutup pada paras atas 14,000 buat kali pertama sejak 16 Februari dan kini ditutup kurang 1% daripada penutupan tertinggi pada 12 Februari lalu.

Sektor teknologi maklumat S&P (.SPLRCT) juga mencapai paras tertinggi sepanjang masa. Indeks penanda aras dan indeks perkhidmatan komunikasi (.SPLRCL) turut didorong oleh firma-firma teknologi gergasi termasuklah Apple Inc (AAPL.O), Microsoft Corp (MSFT.O) dan Facebook Inc (FB.O) yang mencatatkan lonjakan antara 1.5% dan 1.9%.

Dow Jones Industrial Average (.DJI) naik 305.1 mata atau 0.9% kepada 34,035.99; S&P 500 (.SPX) melonjak 45.76 mata atau 1.11%, kepada 4,170.42; dan Nasdaq Composite (.IXIC) menokok 180.92 mata atau 1.31%, kepada 14,038.76.

Sentimen pasaran AS yang semakin meningkat disebabkan oleh lonjakan penjualan runcit pada Mac selepas rakyat negara itu menerima bantuan pandemik tambahan daripada kerajaan.

Tuntutan pengangguran juga menurun lebih tinggi daripada yang dijangkakan kepada 576,000 minggu lalu.

Indeks pertukaran mata wang kripto, Coinbase Global Inc (COIN.O) melonjak sebelum ditutup 1.7% lebih rendah, sehari selepas melakukan kemunculan kali pertama dalam Nasdaq.

Firma aplikasi mudah alih, AppLovin Corp (APP.0) menyusut 18.5% pada hari pertama dagangan setelah dinilai oleh saham terbitan awalnya pada AS$28.6 bilion.

Jumlah dagangan AS adalah 9.95 bilion saham.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat