DNeX Jangka Pendapatan Platform Perdagangan Digital Baharu Melonjak 300%

216

Pada hari ini, dagang NeXchange Bhd (DNeX) telah melancarkan platform perdagangan dan logistik digital yang dikenali sebagai SealNet dan berharap pendapatan SealNet akan meningkat sekitar 300%.

Perangkaan SealNet adalah bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan logistik dan rentas sempadan yang berasaskan awan sehenti (one-stop cloud-based) untuk memudahkan proses perdagangan.

Pada penutupan Bursa Malaysia pada hari ini, harga saham DNeX melonjak 3.5 sen atau 4.79% kepada 76.5 sen.

Pada paras tersebut, kumpulan itu telah memperoleh market cap sekitar RM2.24 bilion dengan mempunyai 2.93 bilion saham terbitan.

Menurut Pengarah Urusan kumpulan, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata produk tersebut dijangka mampu berkembang dan akhirnya akan menyumbang keuntungan DNeX.

“Kami sangat kompetitif dalam bersaing dengan cara kami menyediakan perkhidmatan,” tambah beliau.

Ketika pelancaran maya SealNet hari ini, DNeX juga mengatakan SealNet disasarkan kepada pengimport, pengeksport, pengeluar dan perniagaan berkaitan perdagangan.

SealNet merupakan platform yang mudah digunakan dan diakses di mana sahaja dengan merangkumi produk dan perkhidmatan untuk menghubungkan serta mengurangkan kelebihan dalam pengumpulan data dan aliran maklumat di rantaian bekalan.

Selain itu, SealNet juga dilengkapi dengan teknologi pengesanan barang yang di mana peniaga boleh mengesan status dokumen, kelulusan dan kargo.

Syed Zainal juga berkata setiap syarikat memerlukan penyelesaian yang tepat dalam menghadapi cabaran untuk menangani pandemik Covid-19 dan kesulitan dalam rantaian bekalan pada masa kini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat