Do Kwon Diburu, Pendakwa Raya Korea Selatan Keluarkan ‘Notis Merah’! Apakah Nasib Terra Luna?

260

Pendakwa raya Korea Selatan kini dalam proses memburu pengasas Terra Do Kwon yang sebelum ini dipercayai berada di Singapura. Terbaru pendakwa raya Korea Selatan sedang menghubungi Interpol untuk mengeluarkan ‘Notis Merah’ terhadap pengasas Terra ketika polis Singapura mengesahkan beliau tidak lagi berada di Singapura.

Terdahulu, Pejabat Pendakwa Raya menafikan pembelaan Do Kwon dan mendakwa beliau “jelas dalam pelarian” dan gagal untuk bekerjasama dalam penyiasatan.

Pejabat Pendakwa Daerah Selatan Seoul telah memulakan prosedur untuk meletakkan Do Kwon dalam senarai notis merah Interpol dan membatalkan pasportnya, berdasarkan laporan media terbaru. Jika permohonan itu diterima, notis akan dihantar kepada polis-polis yang berada di 195 negara di seluruh dunia.

Tindakan itu dibuat selepas polis Singapura mengesahkan bahawa Do Kwon tidak lagi berada di Singapura. Namun pengasas Terra Do Kwon menulis tweet bahawa beliau tidak dalam pelarian dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, pendakwa raya telah menafikan pembelaannya dan mendakwa beliau”jelas dalam pelarian”, berdasarkat bukti yang mencukupi untuk menyokong tuntutan itu.

Notis merah Interpol ialah permintaan kepada penguatkuasa undang-undang di 195 negara untuk “mencari dan menangkap sementara seseorang sementara menunggu tindakan undang-undang. Semasa penulisan, harga Terra Classic (LUNC) didagangkan pada $0.0003054, turun 10% dalam tempoh 24 jam yang lalu. Harga telah pulih selepas komuniti menyokong Terra Classic. Harga LUNC pula turun 5%.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat