Dogecoin Foundation, SpaceX Kolaborasi Untuk Projek Transaksi DOGE Secara ‘Offline’

302

Dalam perkembangan terbaru, Dogecoin Foundation dilaporkan sedang berusaha untuk merealisasikan transaksi tanpa talian (offline) dengan menggunakan RadioDoge yang digabungkan dengan rangkaian satelit Starlink milik syarikat Elon Musk, SpaceX.

Difahamkan projek ini merupakan tanggungjawab ketua produk, Timothy Stebbing dan jurutera utama, Michi Lumin.

Tetapi pelabur harus tahu bahawa untuk menjayakan projek tersebut, ia menelan satu tempoh yang tidak pasti kerana salah satu aspek penting dititikberatkan ialah menghubungkan RadioDoge kepada testnet Dogecoin melalui sokongan teknologi Starlink.

Berikut rincian perjalanan fasa awal projek ini:

  • Dogecoin Foundation menfokuskan kepada penubuhan ‘hab serantau’ untuk RadioDoge dan jadikannya ruang pengujian teknologi baharu yang diperkenalkan.
  • Pembangun projek akan memastikan transaksi pertama berlaku di Libdogecoin, dan merentasi 150 batu dari Colorado ke hab serantau.
    • Libdogecoin – ruang pengaturcaraan untuk penghasilan projek Dogecoin
  • Hab akan menghantar transaksi yang diterima kepada testnet Dogecoin menerusi rangkaian satelit Starlink.

Fasa awal ini cuma 0.1% daripada keseluruhan projek. Jika ia berjaya, tidak mustahil penggunaan Dogecoin, terutama dalam kalangan mereka yang sukar mendapat capaian internet dapat direalisasikan.

Pada masa yang sama, yayasan ini percaya penerapan DOGE dalam perkembangan ekonomi dapat membantu lagi koin ini menjadi keutamaan dalam pertukaran barangan dan perkhidmatan global.

Kehadiran Musk sebagai pendukung tegar DOGE menjadikan segalanya tidak mustahil.

Bermula dengan Tesla, SpaceX, dan interaksi Musk dengan McDonald pada Januari sedikit sebanyak memberi impak positif terhadap penerimaan koin ini dalam komuniti kripto.

Ketika penulisan, DOGE mencatatkan peningkatan lebih 1% dalam 24 jam, didagangkan pada $0.14 seunit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat