Dolar Aussie Dan Kiwi Jadi Tumpuan Menjelang Penerbitan Data PMI Pembuatan China

226

Dagangan matawang Asia, dolar Aussie dan New Zealand terus mencatat pengukuhan menjelang hari dagangan akhir tahun disebabkan kelemahan US dolar serta sentimen positif perdagangan AS dan China.

Pasangan matawang NZD/USD telah meraih keuntungan lebih 100 pips sejak minggu lalu dan terus diniagakan meningkat 0.2% pada dagangan sesi Asia hari ini untuk mencapai paras tinggi terbaru dalam tempoh lebih lima bulan.

Pasangan matawang AUD/USD pula hampir menyentuh paras 0.7000 hari ini sebelum mula menyusut sedikit pada sesi Asia.

Jualan runcit China dijangka akan meningkat sebanyak 8% pada tahun 2019 daripada pertumbuhan yang direkodkan pada 2018 sebanyak 0.9%. Ekonomi kedua terbesar di dunia itu telah menghadapi tekanan untuk menurun akibat terjejas oleh ketegangan perdagangannya dengan AS.

Walaupun, pertumbuhan jualan runcit dijangkakan lebih rendah daripada bacaan sebelum ini, pasangan harga tersebut masih positif dengan tumpuan turut tertumpu pada data PMI pembuatan China.

Aktiviti perkilangan China pada Disember diunjurkan berkembang pada bulan Disember ekoran permintaan luaran yang lebih kukuh, tetapi kadar pertumbuhan dijangka akan menurun disebabkan pasaran menantikan kepastian dalam perjanjian dagang AS-China.

Data PMI pembuatan China yang akan diterbitkan pada sesi Asia pagi esok, dijangka mencatat pertumbuhan sebanyak 50.1, sedikit melebihi paras 50.0 iaitu pengantara antara pengembangan dan penguncupan dalam bacaan data tersebut.

Amerika Syarikat dan China telah meredakan ketegangan mereka pada awal bulan ini selepas mengumumkan kesepakatan dalam perjanjian fasa 1 telah tercapai dengan beberapa pengurangan tarif import ke atas China dan pembelian produk pertanian AS yang lebih banyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat