Dolar Euro Terus Didagangkan Lemah, USD Kekalkan Pengukuhan

259

Sesi pasaran Asia menyaksikan dagangan US dolar dan safe-haven yen menjadi tumpuan utama pelabur, di mana bon dari kedua-dua negara juga turut meraih permintaan ekoran kebimbangan coronavirus yang masih membelenggu pasaran.

Setakat ini, angka kematian disebabkan coronavirus telah meningkat kepada 1,016 orang manakala sebanyak 42,638 kes jangkitan pula telah disahkan.

US dolar yang dianggap sebagai aset safe-haven terus mengukuhkan kedudukannya berbanding beberapa matawang utama lain.

Matawang USD diniagakan meningkat ke paras ketinggian tiga bulan berbanding dolar New Zealand, menjelang mesyuarat dasar monetari Bank Pusat New Zealand pada hari esok yang dijangka kadar faedah akan kekal di paras terendah 1.00%.

Sementara itu berbanding dolar Aussie pula, USD kembali didagangkan susut pada awal dagangan sesi Asia.

Bagi matawang Eropah, dolar euro terus mencatat penurunan ke paras terendah 4 bulan berbanding US dolar.

Data keyakinan pelabur Sentix Zon Eropah jatuh kepada 5.2 pada Febuari daripada 7.6 yang dicatatkan bulan sebelumnya. Walaupun bacaan ini lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 4, tetapi ia juga memberi gambaran kepada pasaran bahawa keyakinan pelabur yang merosot.

Jika sebelum ini Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine menyuarakan kebimbangannya terhadap kadar inflasi yang rendah, terbaru, ahli ECB dan juga gabenor bank pusat Itali, Ignazio Visco melihat bahawa terdapat risiko yang ketara terhadap ekonomi negara itu, ditambah pula dengan isu global seperti ancaman coronavirus.

Matawang pound kembali mempamerkan pemulihan dari paras terendah 2 setengah bulan berbanding US dolar setelah ditekan oleh kebimbangan terhadap rundingan dagang antara UK dan Kesatuan Eropah (EU).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat