Dolar Kiwi Meroket Lagi! Kali Ini Sebab Apa Pula?

447

Dolar kiwi melonjak ke paras ketinggian terbaru lebih dua tahun pada sesi Asia selepas kerajaan New Zealand dilaporkan sedang mengkaji polisi yang berkaitan dengan pasaran perumahan dan meminta nasihat dari bank pusat mengenai bagaimana ia dapat membantu menstabilkan harga hartanah.

Menteri Kewangan Grant Robertson telah menulis surat kepada Gabenor Reserve Bank of New Zealand (RBNZ), Adrian Orr untuk mendapatkan nasihat dan mengusulkan cadangan supaya mempertimbangkan pindaan transaksi bank untuk merangkumi kestabilan harga rumah sebagai faktor penting dalam dasar monetari.

Berita itu telah mendorong dolar New Zealand melonjak ke paras tertinggi sejak Jun 2018 kerana ia menguatkan jangkaan bahawa bank pusat tidak akan menurunkan kadar faedah kepada negatif pada tahun depan.

Menurut Robertson, dengan kadar faedah yang rendah, dan sebelum penawaran perumahan dapat memenuhi permintaan, ini adalah waktunya untuk mempertimbangkan bagaimana bank pusat dapat menyumbang kepada kestabilan pasaran perumahan.

Hal ini kerana, harga rumah telah melambung tinggi disebabkan kos pinjaman yang menurun, melangkaui jangkaan pasaran bahawa harga rumah akan turun semasa dilanda krisis pandemik coronavirus.

Westpac Bank mengunjurkan bahawa inflasi harga rumah akan meningkat kepada 15% pada bulan Jun 2021, dan harga akan meningkat 13% secara keseluruhan pada tahun depan.

Dalam pada itu, Robertson turut memberitahu Gabenor Orr bahawa ketidakstabilan harga perumahan akan menjejaskan matlamat kerajaan untuk mengurangkan ketidaksamaan dan kemiskinan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat