Dolar New Zealand Dibawah Tekanan Selepas Kejatuhan Mendadak Harga Tenusu

67

Data terbaru Indeks harga Global Dairy Trade (GDT price index) sebentar tadi, merekodkan kejatuhan mendadak sebanyak 3.90% berbanding kejatuhan 0.50% dalam data sebelum ini. Harga keseluruhan susu tepung (Whole Milk Powder) juga jatuh secara mendadak sebanyak 7.70%.

Data ini adalah sama seperti data consumer price index (CPI). Perbezaannya ialah Indeks GDT hanya mengira perubahan harga produk-produk tenusu.

Menurut Rabobank, bekalan susu dari pasaran utama tenusu  jatuh 2.6 juta tan semasa separuh masa kedua tahun 2016.

Terdapat kejatuhan dalam pengeluaran produk tenusu New Zealand dalam masa enam bulan sehingga 30 November dengan 5.7% kejatuhan berikutan faktor cuaca yang masih memberi impak kepada pengeluaran.

Kejatuhan dalam pengeluaran ini akan terus memberi tekanan kepada harga dalam jangka pendek dan dijangka industri tenusu di New Zealand ini akan melonjak semula pada 2017. Sektor tenusu ini pula akan menyokong ekonomi pada 2017 dengan peningkatan pendapatan di luar bandar.

Untuk rekod, New Zealand adalah pengeluar kelapan terbesar produk tenusu dunia. Disebabkan kebergantungan yang agak tinggi dalam produk tenusu, sebarang berita-berita negatif yang melibatkan pengeluaran produk tenusu akan memberi kesan kepada ekonomi New Zealand.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat