Dominasi ChatGPT Bakal Digugat? NVIDIA Lancarkan Teknologi AI Lebih Canggih

660

Baru-baru ini, NVIDIA baru sahaja melancarkan ‘pembunuh’ ChatGPT baharu yang digelar sebagai RTX.

Teknologi itu direka untuk membantu pemilik kad grafik GeForce RTX 30 Series dan 40 Series menggunakan chatbot berkuasa Kecerdasan Buatan (AI) semasa di luar talian dari PC Windows.

Tepatnya, kewujudannya itu dapat menyesuaikan model GenAI yang hampir serupa dengan ChatGPT OpenAI.

RTX mampu menghubungkan pengguna dengan maklumat daripada dokumen, fail dan nota yang telah disimpan di dalam komputer.

NVIDIA juga turut memberi petanda awal kepada pengguna bahawa kaedah untuk memuat turun teknologi itu memerlukan ruang storan yang besar kerana dijangka saiznya di antara 50 GB hingga 100 GB dan ia bergantung kepada model yang digunakan.

Berdasarkan kenyataan firma itu, kebolehan RTX ini jauh lebih canggih kerana jawapan yang diberikan kepada setiap pertanyaan pengguna adalah lebih spesifik dan mempunyai konteks yang lebih jelas.

Alat itu agak serupa dengan model terbuka Mistral tetapi ia juga menyokong Model Bahasa Besar (LLM) berasaskan teks seperti Meta Llama 2. Ia turut menyokong pelbagai jenis format teks seperti PDF, doc, docx dan xml.

Oleh itu, sebaik sahaja aplikasi ini menemui folder yang mengandungi maklumat yang dikehendaki, ia akan dimuatkan secara automatik ke dalam set data penalaan halus model.

Ia juga boleh memuatkan transkripsi video di YouTube melalui URL dan menanyakan model berkenaan kandungan video tersebut.

Walaupun ia mempunyai banyak fungsi, RTX tidak dapat mengingati konteks itu dan pengguna perlu melakukannya berulang kali.

Kebolehan RTX boleh dipengaruhi oleh faktor lain seperti prestasi model yang dipilih, saiz set data penalaan halus dan frasa semula soalan.

Pelancaran RTX merupakan salah satu daripada pencapaian hebat yang telah diraih oleh syarikat itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

NVIDIA baru-baru ini berjaya mengatasi gergasi e-dagang iaitu Amazon dengan menjadi syarikat ke-4 terbesar dari segi permodalan pasaran di Amerika Syarikat.

Selain itu, cip NVIDIA telah diiktiraf oleh ketenteraan China, pusat penyelidikan kecerdasan buatan milik kerajaan dan universiti.

Ini menunjukkan perkembangan hebat buat firma tersebut dalam memperkayakan ramai pelabur dan ingin membesarkan kekuasaannya yang sebelum ini didominasi oleh ChatGpt serta Gemini AI Google.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat