Dominasi USD Sebagai Mata Wang Rizab Dunia Boleh Hilang! – IMF

11,600

Pegawai tertinggi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa sekatan yang dikenakan ke atas Rusia mengancam untuk menghilangkan dominasi dolar Amerika Syarikat secara beransur-ansur dan boleh mengakibat sistem monetari dunia lebih berpecah-belah.

Timbalan Pengarah Urusan Pertama IMF, Gita Gopinath mengatakan bahawa dolar AS akan kekal sebagai mata wang global utama tetapi terdapat potensi bahawa dominasinya akan berkurang.

Sekatan ekonomi terhadap Rusia oleh Amerika dan sekutu Baratnya telah menimbulkan impak besar terhadap sistem pembayaran Moscow dan negara lain dalam urusan perdagangannya, di mana kebiasaannya mereka menggunakan dolar AS atau mata wang Eropah.

Susulan itu, Presiden Vladimir Putin terpaksa mengambil langkah alternatif dengan menggunakan mata wang rubel dan menetapkan sandarannya pada emas bagi menaikkan semula mata wang itu.

Kesan daripada itu, Gopinath mengatakan bahawa beberapa negara sudah merundingkan semula mata wang mana mereka dibayar untuk perdagangan.

Beliau juga memberitahu bahawa perang tersebut juga akan mendorong penggunaan kewangan digital, seperti mata wang kripto. Misalnya, Rusia yang telah pun mengumumkan untuk menerima Bitcoin (BTC) sebagai bayaran kepada pembelian gas dan minyaknya.

Gopinath menekankan bahawa penggunaan lebih banyak mata wang lain dalam perdagangan global akan membawa kepada kepelbagaian lagi aset rizab yang dipegang oleh bank pusat negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat