Draghi Seperti Dijangka Mengekalkan Pendirian ‘Dovish’, Eur/Usd Menjunam

39

ECB sememangnya dijangka mengekalkan polisi monetari semasa dengan kadar utama di paras 0.00% dan kadar deposit (deposit rate) di paras -0.40%.

ECB juga tidak membuat sebarang perubahan dalam program pembelian bon sebentar tadi. Dalam mesyuarat sebelum ini, ECB menambah tempoh program pembelian bon sehingga penghujung tahun 2017, tetapi mengurangkan jumlah bon dari 80 billion euro kepada 60 billion euro yang akan bermula pada April 2017.

ECB dalam kenyataan awal juga mengatakan akan meningkatkan saiz amaun bon atau memanjangkan tempoh program, jika kesannya kurang memberangsangkan.

Sidang Media

Menurut Draghi, masih ada risiko kepada jangkaan pertumbuhan, tetapi peningkatan ekonomi pada suku keempat dijangka lebih tinggi berbanding suku sebelum itu. Terdapat bukti bahawa ekonomi global semakin kukuh, tetapi Zon-Eropah masih mendapat kesan negatif dari kelembapan pelaksanaan perubahan struktur ekonomi.

Walaupun inflasi telah meningkat, ini adalah disebabkan oleh ‘base effect’. Kata Draghi.

Apabila ditanya tentang ‘tapering kepada program semasa jika keadaan semakin kukuh‘, beliau mengatakan masih ada kebimbangan kepada inflasi yang mungkin tidak akan meneruskan kenaikan. ECB akan lebih yakin jika inflasi boleh bertahan dengan sendirinya tanpa sokongan polisi dalam jangka masa sederhana.

Secara keseluruhan, Draghi masih mengekalkan pendirian ‘dovish‘, dan beliau sudah tentu sukar mengekalkan pendirian ini jika inflasi terus meningkat.

Pendirian ‘dovish‘ Draghi diterjemahkan ke dalam pasaran forex dengan Eur/Usd telah jatuh 87 pip dari paras tertinggi pukul 9 malam tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat