Drama China-AS Semakin Hangat

217

Hubungan China dan Amerika Syarikat (AS)  semakin tegang selepas Beijing bertindak mengenakan sekatan terhadap 11 penggubal undang-undang dan pakar dasar luar AS semalam.

Kementerian Luar China menerusi satu kenyataan dikeluarkan berkata, beberapa senator AS seperti Marco Rubio, Ted Cruz, Pat Toomey, Josh Hawley dan Tom Cotton serta ahli Kongres, Chris Smith antara yang disekat.

Selain itu, China juga mengenakan sekatan terhadap ketua pertubuhan Human Rights Watch, Kenneth Roth dan presiden pertubuhan Freedom House, Michael Abramowitz.

Tindakan China itu dilaksanakan selepas Beijing turut menahan seorang taikun media dari Hong Kong, Jimmy Lai semalam selepas didakwa melanggar undang-undang keselamatan itu.

Lai ditahan selepas China mendakwa dia mengancam keselamatan nasional selepas dikatakan bertemu dengan Naib Presiden AS, Mike Pence dan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo pada Julai tahun lalu.

Minggu lalu, AS menyekat terhadap 11 pegawai China dan Hong Kong susulan peranan mereka melaksanakan undang-undang keselamatan baharu di Hong Kong pada Jun lalu.

Ekoran sekatan itu, beberapa senator seperti Rubio, Cruz dan Cotton memberi amaran kepada China menerusi Twitter.

Menurut mereka, Washington tidak akan berdiam diri dan bakal mengambil langkah tegas berhubung sekatan itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat