Dua Faktor Ini Memacu Peningkatan Solana (SOL) Lebih 30%

332

Selain Cardano (ADA) membuat pendakian semula pada hari ini, Solana (SOL) juga tidak ketinggalan memaparkan potensinya dengan peningkatan sebanyak 32% dari paras terendah harian, $115.96 pada 21 September kepada paras tertinggi harian, $152.70 pada 23 September.

Dua faktor yang dilihat menjadi sentimen positif pergerakan SOL adalah berdasarkan:

  • Pertukaran atau bursa desentralisasi (DEX), Orca yang dibangunkan di rangkaian Solana berjaya merekodkan pengumpulan dana pelaburan bernilai $18 juta dan pusingan Series A.
  • Projek penawaran DEX permulaan (initial DEX offering, IDO), Grape Network berjaya mendapatkan dana bernilai $1.2 juta dari beberapa firma modal teroka susulan daripada kejayaan projek IDO mendapatkan $600,000.

Situasi ini membuktikan pelabur masih berminat untuk membuat pelaburan terhadap projek-projek yang dibina di Solana hingga menyebabkan lonjakan harga Solana pada awal September.

Bagaimanapun, aset ini turut menerima tempias penyusutan harga susulan daripada kegagalan rangkaian dan pembetulan harga pasaran kripto baru-baru ini.

Pengasas Banz Capital, John Iadeluca menyimpulkan penyusutan harga SOL disebabkan pelabur oversold kerana kebimbangan dan ketakutan.

Ketika penulisan artikel, SOL didagangkan pada $144.72, susut lebih 3% dalam 24 jam. Namun bagi pelabur yang pandai mengambil peluang, inilah masa untuk SOL  ketika dip.

Ramai yang beranggapan Solana hanya memanaskan enjin.

Jika aset ini mampu merekodkan lonjakan lebih 13,000% pada tahun ini sahaja selepas merekod paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $214.96 pada 9 September, tidak mustahil pada hari-hari kemudiannya ia terus menandingi pretasi kripto yang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat