Sinar Yang Sementara, Solana (SOL) Akhirnya ‘Tenggelam’!

1,812

Solana (SOL) kecundang akhirnya susulan daripada kegagalan penghasilan blok sejak malam tadi jam 8 waktu tempatan, menjadikan sudah 15 jam rangkaian itu dalam status “offline”.

Khabar duka itu dimaklumkan sendiri oleh pihak Solana melalui twit rasmi: “Mainnet-beta Solana sedang berhadapan dengan ketidakstabilan sementara… Kekurangan sumber di rangkaian menyebabkan penafian perkhidmatan.

Insiden ini telah mengheret harga SOL susut lebih 18% dalam 24 jam dari nilai tertinggi harian, $174.83 pada 13 September kepada paras terendah harian, $142.63 pada 14 September.

Ketika penulisan, SOL didagangkan pada $157.53, susut lebih 5% dalam 24 jam.

Dengan kegagalan transaksi sejak lebih 12 jam yang lalu, menunjukkan Solana Labs dan komunitinya masih cuba untuk ‘menghidupkan’ semula rangkaian. Pada masa yang sama, operator nod ketika ini sedang mengatur semula status rangkaian untuk menyambung pengesahan transaksi.

Twitter rasmi SolanaStatus juga mendedahkan insiden ini menyebabkan lambakan transaksi yang dikirim dari bots, dengan pemerhatian sebanyak 400,000 transaksi per saat.

Secara tidak langsung, isu itu menyebabkan Solana berhadapan dengan forking hingga memberi kesan kepada memori nod-nod dan menyebabkan ia shut down.

Sejak daripada paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $214.96 yang direkod pada 9 September, SOL telah susut lebih 27%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat