Dulu Jual Rumah Beli SHIB, Sekarang Lelaki Ukraine Ini Target Kripto Terbaru Ini Pula!

1,522

“Dikira hebat la juga dia ni sampai boleh beli rumah agam kat Dubai.”

Demi melabur dalam memecoin kedua terbesar Shiba Inu (SHIB), seorang lelaki dari Ukraine pada tahun 2021 sanggup menjual rumahnya pada harga $350,000.

Kisah kejayaan lelaki tersebut menjadi viral apabila beberapa pihak menggelarnya sebagai jutawan SHIB selepas beliau menggunakan sebahagian kekayaannya untuk membeli rumah agam di Dubai dan menjalani gaya hidup mewah.

Walau bagaimanapun, lelaki Ukraine itu mula mengalih perhatian pada RenQ Finance (RENQ) untuk projek pelaburan beliau yang seterusnya.

Hal ini kerana beliau baru-baru ini mendedahkan telah mengumpul sebanyak mungkin RENQ, iaitu aset digital agak baharu yang memberi tumpuan terhadap penyediaan penyelesaian kewangan decentralized.

RENQ adalah antara organisasi didorong komuniti yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk semua jenis pedagang di bawah satu platform dalam dunia DeFi.

Ia juga menghubungkan blockchain bagi mencipta rangkaian exchanger aset cross-chain, di mana platform itu menyediakan sokongan asas untuk ekosistem DeFi dan benarkan pemegang aset digital punyai perkhidmatan DeFi yang selamat, percuma dan telus.

Ekoran itu, jutawan SHIB sungguh percaya bahawa RENQ mempunyai potensi yang sangat besar untuk berkembang manakala pelaburan beliau dalam platform tersebut akan membuahkan hasil dalam jangka masa panjang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat