Dunia Akan Lumpuh Lagi Dengan Kemunculan Varian Virus Baru Ini!

2,720

Penularan wabak yang semakin cepat dari varian baru coronavirus dikatakan punca kepada pelaksanaan sekatan lebih ketat di UK dan memaksa beberapa negara menutup sempadan mereka dari Britain.

Apa yang menjadi kebimbangan dunia buat masa ini adalah sama ada varian baru dari virus itu telah merebak secara meluas di luar UK.
Setiausaha Negara Pengangkutan UK, Grant Shapps mengatakan kerajaan yakin bahawa strain coronavirus yang baru ditemui di negara itu sudah menular di tempat lain.

Bercakap dalam wawancara untuk Sky News, Shapps mengatakan bahawa UK menjalankan analisis jujukan genom (COVID-19) yang sangat meluas meliputi hampir separuh daripada jumlah penjujukan di dunia, menyebabkan kemunculan variasi virus yang baru mudah dikesan dengan pantas dan realitinya kini ia mungkin ditemui di beberapa negara Eropah lain.

Kenyataan terbaru Shapps ini mungkin benar. Ini kerana, dalam laporan terbaru oleh Reuters, Itali telah mengesan pesakit yang dijangkiti dengan strain baru coronavirus yang juga dijumpai di Britain.

Pesakit tersebut dan pasangannya dikhabarkan baru pulang daripada UK beberapa hari yang lalu dengan penerbangan yang mendarat di lapangan terbang Fiumicino, Rom dan kini dalam kuarantin.

Ini sekali gus menimbulkan kebimbangan baru buat dunia yang masih berdepan dengan peningkatan berterusan kes coronavirus.

Oleh itu, ancaman dari varian baru ini tidak wajar untuk dibiarkan begitu sahaja kerana ia meningkatkan lagi risiko penularan yang lebih cepat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat