Dunia Berdepan Pertumbuhan Paling Lemah Sejak 1990 – IMF

457

Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa ekonomi dunia sedang berdepan pertumbuhan paling perlahan sejak 1990 dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva membentangkan pandangan suram pada hari Khamis dalam satu acara di Washington menjelang mesyuarat tahunan IMF-Bank Dunia minggu depan.

Ketua IMF itu berkata, pertumbuhan ekonomi dunia dijangka kekal sekitar 3% dalam tempoh lima tahun akan datang, menyifatkannya sebagai ramalan pertumbuhan jangka sederhana paling lemah sejak 1990.

Tahun lalu, pertumbuhan global menurun hampir separuh kepada 3.4%, menyusulilonjakan pasca-pandemik pada 2021. Ia berada di bawah purata pertumbuhan tahunan 3.8% daripada dua dekad yang lalu.

Untuk tahun ini, IMF mengunjurkan ekonomi menurun di bawah 3%, dengan India dan China menyumbang lebih separuh daripada pertumbuhan tersebut.

Kira-kira 90% daripada ekonomi maju dijangka mengalami penurunan pertumbuhan ekoran beban kos pinjaman yang lebih tinggi susulan kenaikan kadar faedah yang agresif oleh bank pusat untuk memerangi inflasi..

Sementara negara berpendapatan rendah pula, kos pinjaman yang lebih tinggi akan mendorong permintaan yang lemah untuk eksport mereka.

Dalam laporan Januari mengenai pertumbuhan pada 2023, IMF menyemak semula anggaran pertumbuhan globalnya kepada 2.9%. Tinjauan ekonomi dunia yang dikemas kini akan dikeluarkan pada Selasa depan.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat