ECB Sedia Menurunkan Kadar Faedah? Lagarde Kongsikan Petunjuk Terbaru Yang Lebih Jelas!

244

Presiden Bank Pusat Eropah, Christine Lagarde, pada hari Selasa mengatakan bank pusat masih berada dalam proses untuk mengurangkan kadar faedah dalam jangka pendek, tertakluk kepada sebarang perkembangan data.

“Kami mengamati proses disinfalasi yang bergerak mengikut jangkaan kami,” kata Lagarde. Lanjut beliau buat masa ini pihak ECB hanya perlu membina sedikit lagi keyakinan dalam proses disinfalasi ini  dan mengharapkan ia berkembang sesuai jangkaan.

Ulasan beliau dikeluarkan selepas bank pusat memberikan petunjuk yang paling jelas setakat ini bahawa ia mungkin bermula mengurangkan kadar faedah semasa mesyuarat Jun. ECB pada hari Khamis mengekalkan kadar faedah stabil pada paras tertinggi sejarah untuk mesyuarat kelima berturut-turut, tetapi memberi isyarat bahawa inflasi yang semakin sejuk bermakna ia boleh mula mengurangkan kadar seawal mungkin jika tiada apa-apa goncangan dalam perkembangan semasa.

Dalam perubahan daripada bahasa sebelumnya, ECB berkata “ia dilihat sesuai” untuk menurunkan kadar deposit 4% jika tekanan harga yang mendasar dan kesan kenaikan kadar sebelumnya dapat meningkatkan keyakinan bahawa inflasi kembali ke arah sasaran 2% “dengan berterusan”. Bank pusat sebelum ini tidak memasuk indikasi pelonggaran dasar monetari dalam komunikasi sebelumnya.

Pegawai dan ahli ekonomi telah menumpukan perhatian kepada Jun sebagai bulan di mana kadar  faedah boleh mula dikurangkan, selepas ECB mengurangkan ramalan inflasi jangka sederhana. Kenaikan harga di zon eropah telah perlahan lebih dari yang dijangka pada bulan Mac.

Apabila ditanya mengenai keyakinan bank pusat dalam penurunan inflasi terus berlanjutan setelah harga komoditi meningkat, terutamanya jika harga minyak melonjak di tengah-tengah ketegangan geopolitik, Lagarde menjawab, “Semua harga komoditi mempunyai impak, dan kami perlu sangat berhati-hati terhadap pergerakan tersebut.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat